Expo Jualan di Bank Rakyat

1:35 PG Dicatat oleh Juliana Seth





Salam,

Semoga anda yang berkunjung ke blog saya semua sihat2 belaka....

Oklah, saya pun tak berniat untuk bercerita panjang di sini. Cuma, saya ada satu info penting untuk anda semua..especially, kepada anda yang berada di KL.

Begini ceritanya :) pada 28/2/2011 bersamaan dengan hari Isnin, saya telah terlibat dengan satu Expo Jualan yang dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan Bank Rakyat...So, semenjak semalam saya dah mulakan dengan jualan di sana. Apa yang menariknya, selama ini anda hanya boleh berurusan dengan saya hanya melalui internet...tetapi, pada kali ini..pertama kalinya saya akan muncul pada jualan umum...hampir semua barang "dagangan" yang saya jual di internet khasnya di facebook ada saya pamerkan di expo pada kali ini. Juga bukan setakat untuk "dipamerkan" tetapi untuk dijual pada harga yang sangat menarik beserta dengan hadiah-hadiah "iringan"...

Cukup gempak tak ayat promo di atas...?? Apa? tak cukup gempak dan hebat..Oklah, biar saya direct to the point...Kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan saya yang berada di KL....saya akan berada di Bangunan Bank Rakyat, Tingkat 2, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur untuk menyertai Expo Jualan Besar-Besaran yang dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan Bank Rakyat..Jadi, anda yang selama ini berurusan secara online dan ingin bertemu secara LIVE dengan saya..dipersilakan hadir bagi memeriahkan expo tersebut..Rakan-rakan di Facebook dan pembaca blog..oh ya, kawan di Twitter juga dijemput sama...Pastinya ada sesuatu yang menarik untuk anda di sana...Expo bermula dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang dan akan berakhir pada hari Khamis ini, 3hb Mac 2011.
Kalau anda nak maklumat lanjut, boleh PM saya di Facebook atau terus saja call/sms saya di 019-2099800.

Oklah, setakat ini dahulu...Kita jumpa di Expo tersebut ok...

Take care and be good :)

Salam hormat & Terima kasih

0 ulasan:

Catat Ulasan