Pelajar Malaysia di rogol di Mesir.

2:01 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Mesir dan nasib rakyat Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berkemungkinan artikel saya pada kali ini tiada kena mengena dengan aspek perniagaan samada online atau offline. Lupakan dulu buat seketika ini kerana ada perkara yang lebih penting yang ingin saya sentuh di sini. Isu yang menarik perhatian saya kini ialah mengenai nasib pelajar dan rakyat Malaysia yang sedang berada dalam konflik keganasan yang melampau di Mesir. Umumnya pasti telah mengetahui mengenai keadaan terkini yang sedang terjadi di bumi Mesir. Ya, tunjuk perasaan anti kerajaan pimpinan Hosni Mubarak seorang diktator yang telah menguasai Mesir selama 30 tahun dan juga seorang yang pro Amerika dan Israel.

Tapi, bagi saya sekarang isu yang lebih penting adalah nasib rakyat Malaysia yang berada di sana...di beritakan hampir 11,000 orang warganegara kita bekerja dan belajar di Mesir. Persoalannya ialah, apakah langkah praktikal kerajaan yang patut diambil bagi membawa keluar rakyat kita di sana. Saya rasanya ada mendengar dan menonton berita di TV beberapa hari lepas di mana pihak media massa ada memberitahu bahawa pelajar dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat. Tetapi, tuan-tuan dan puan-puan juga sudah maklum dan pastiya tidak hanya berharap dan bergantung kepada media massa tradisional yang nyata agak lapuk dan lambat dalam memberikan informasi terkini. Pada waktu ini, peranan media alternatif seperti rangkaian sosial dan blog mampu menggambarkan suasana dan berita pada masa nyata dan lebih dipercayai. Kesannya, pada waktu Buletin Utama TV3, pihak terbabit akhirnya telah menyuarakan harapan dan rasa gelisah rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak-anak atau saudara yang berada di Mesir sekarang..natijahnya, pihak TV3 telah menyiarkan beberapa email dari penonton yang menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan rakyat kita di sana dan tambah meruncingkan keadaan ialah di manakah tahap keberkesanan kakitangan kedutaan Malaysia yang hanya lebih kurang ada 20 orang berbanding 11,000 rakyat Malaysia di Mesir. Lebih memilukan hati apabila talian hotline yang disediakan oleh pihak kedutaan di Mesir tidak memberikan respon dan ini "dinampakkan" sendiri oleh pihak Buletin Utama dalam percubaan mereka menembusi talian itu. Syabas TV3 kerana anda tidak hipokrit dalam menjalankan tugas dan amanah lebih-lebih lagi dalam keadaan yang serba kalut ini.

Kita masih menunggu tindakan kerajaan Malaysia samada ingin mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir melalui jalan udara atau laut. Tetapi, tolong jangan di waktu ini kita bangkitkan soal kos yang tinggi sebagai penghalang. Apa yang lebih penting ialah nyawa dan maruah rakyat kita di sana kerana ada terdapat berita yang menyatakan terdapat pelajar Malaysia yang di rogol di sana. Tetapi, ada juga penafian yang mengatakan bahawa mangsa rogol adalah rakyat Indonesia. Walau apa pun, tindakan segera sangat perlu diambil bagi menyelesaikan masalah ini kerana menurut sumber yang dipercayai, kemungkinan konflik ini akan berterusan dan diikuti oleh negara Arab yang lain. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan juga pasti maklum yang krisis ini tidak dapat diselesaikan dalam masa 2-3 hari..jalan langkah terbaik ialah..bawa keluar rakyat kita samada terus pulang ke tanahair atau transit dahulu di negara yang berjiran dengan Mesir.

Keadaan Darurat yang sedang menggila di Mesir ini boleh anda ketahui dengan melayari laman-laman blog yang menceritakan secara lebih dekat keadaan kritikal di sana. Hargai usaha mereka yang melaporkan situasi di sana kerana mereka terpaksa "survive" dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi makanan, kesihatan, keselamatan mahupun hubungan komunikasi. Sila klik link di bawah untuk melayari blog-blog mereka.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/lagi-update-ttg-kes-rogol.html

http://www.allvoices.com/contributed-news/8041711-5000-most-dangerous-criminal-escaped-in-egypt/stories

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran IT dan komunikasi, anda boleh menyumbangkan idea dan pendapat anda bagi membantu rakyat Malaysia di Mesir yang disekat hubungan komunikasi dan internet. Mereka dikhabarkan mencuri-curi menggunakan talian internet. Ini penting bagi mereka supaya mereka dapat terus berhubung dengan dunia luar khasnya kepada keluarga yang berada di tanahair. Mungkin idea dan pendapat anda dapat membantu mereka. Anda boleh post-kan sahaja idea anda di sini dan saya akan sedaya mungkin menyebarkannya supaya dapat dimanfaatkan pada waktu kritikal seperti ini.

Terima kasih di atas masa anda untuk membaca artikel ini dan marilah menjadi warga Malaysia yang prihatin.
Salam 1 Malaysia.

(Ikhsan: yuzafi.com)

Terkini:

pengesahan maklumat sebelum ini berkenaan kes rogol:

1. seorang pelajar perempuan malaysia di iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir"..





Salam hormat & Terima kasih

Selamat Menyambut Hari Wilayah

3:22 PTG Dicatat oleh Juliana Seth




Salam sejahtera,

Mungkin ada di antara anda yang bercuti hari nie sempena cuti umum Hari Wilayah. Bagi mereka yang bukan berada di "zon cuti" pula..saya ucapkan selamat bekerja..jangan risau kerana anda juga tidak lama lagi akan bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Kepada yang memandu untuk perjalanan jauh samada balik kampung atau pergi ke destinasi percutian..saya ucapkan selamat memandu..pandu cermat jiwa selamat.

Kepada semua pelanggan saya yang telah membuat bayaran bagi barang-barang yang anda telah beli dari saya...Saya akan cuba membuat penghantaran segera dan sebolehnya saya nak anda semua terima barang-barang anda sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di 019-2099800 atau email di labella_lelong@yahoo.com

Terima kasih dan selamat bercuti :)



Salam hormat & Terima kasih