Workshop Rahsia Raja Lelong Baru Selesai.

3:29 PG Dicatat oleh Juliana Seth



Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya,

Untuk pengetahuan anda semua,"Workshop Rahsia Raja Lelong" baru sahaja selesai
pada 8 Ogos 2009.Sememangnya ia sebuah workshop yang sangat berkualiti dan penuh dengan
informasi berguna tak kira jika anda adalah "newbies" di dalam portal lelong.com.my atau sudah
senior.Tips dan panduan dari Saudara Gery dan helah perniagaan internet oleh "underground seller" yuzafi sememangnya akan memenuhi matlamat anda jika anda ingin berjaya di dalam
portal tersebut.Malah,tips dan panduan tersebut juga bukan sahaja boleh digunakan didalam portal lelong.com.my malah amat sesuai digunakan di dalam merancang dan mengembangkan bisnes internet anda yang lain seperti niche marketing,affiliate,membership dan sebagainya.

Menurut saudara Gery yang juga sebagai penganjur workshop tersebut,beliau tidak tahu samada bila lagi workshop seperti ini akan dapat diadakan lagi.Ini kerana,rakan JV beliau iaitu saudara Yuzafi yang merupakan underground seller tidak dapat memberikan sebarang janji samada beliau akan terlibat terus dalam workshop ini atau tidak.Menurut saudara Gery,masih terdapat permintaan terhadap workshop tersebut ini kerana ramai yang tidak dapat hadir pada hari tersebut berikutan hal yang tidak dapat dielakkan.Antaranya ialah faktor kesihatan dan begitu menularnya wabak H1N1 sekarang.Walaumacam mana pun,Saudara Gery akan cuba menganjurkan workshop seperti ini di masa depan.

Saya sempat juga bertanya kepada saudara Gery adakah akan diadakan "sequal" kepada workshop ini.Beliau berkata,berkemungkinan di masa depan akan diadakan sebuah workshop khas untuk memberikan penekanan kepada aspek teknikal pula.Ia akan lebih memfokus kepada
kemahiran HTML dan script yang dibenarkan di dalam portal lelongan ini.Sudah tentu pada kali ini peserta workshop akan diberikan pendedahan secara live dalam menghasilkan deskripsi jualan.

Jadi,kepada mereka yang ingin dan berharap supaya saudara Gery mengadakan workshop seperti ini di masa hadapan bolehlah e-mail kepada beliau manalah tahu jika ramai yang meminta beliau akan pertimbangkan.E-mail beliau ialah admin@rahsiarajalelong.com

Sekian,

Salam hormat






Klik untuk join "Juliana Seth Group"





Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!