Tsunami di Jepun punca Facebook "slow"?

12:24 PG Dicatat oleh Juliana Seth


Klik DI SINI untuk membaca komen-komen mengenai isu ini di Facebook.


Salam hormat & Terima kasih

Tahniah Dato' Lee Chong Wei

2:20 PG Dicatat oleh Juliana Seth



Berbaloi jugak rasanya saya menyaksikan perlawanan badminton antara Dato' Lee Chong Wei dari Malaysia dan Lin Dan dari China.

Memang sejak semalam saya dah agak yang Final All England 2011 kali ini akan mempertemukan Pemain No. 1 Dunia iaitu Dato' Lee Chong Wei dengan Juara Dunia dan Olimpik Lin Dan. Walaupun untuk beberapa kali Lin Dan cuba untuk tidak bersemuka dengan Dato' Lee Chong Wei dengan alasan-alasan yang meragukan dan mengecewakan penonton dalam beberapa siri termasuk Malaysia Open yang lalu. Tapi, di pentas All England memang pertemuan kali ini di nantikan ramai peminat badminton. Dato' Lee Chong Wei cuba untuk mempertahan kejuaraan All England tahun lepas manakala Lin Dan pula cuba untuk muncul di kejuaraan besar seperti All England dan seterusnya cuba untuk membelasah Dato' Lee Chong Wei dan mengekalkan "badi" di antara mereka.

Tapi, tadi persembahan Dato' Lee Chong Wei nyata berbeza dan boleh saya kata ini adalah permainan terbaik beliau menentang Lin Dan yang pernah saya saksikan.

Apa pun, Tahniah Malaysia....tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan All England dan seterusnya membuang "badi" Lin Dan...Permainan anda malam ini sememangnya "superb" serta tidak menghampakan penonton di tanahair dan di The Nia, Birmingham, London.

Syabas Dato' Lee Chong Wei.

Kredit: www.yuzafi.com
Salam hormat & Terima kasih