Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

5:23 PG Dicatat oleh Juliana Seth




Sekiranya anda belum lagi mengambil peluang Internet untuk mempromosi perniagaan anda, lakukannya sekarang!

Ini adalah kerana, memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!

Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi pioneer dalam industri mereka akan pasti mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar di Malaysia, anda tahu di mana untuk mendapatkannya

Klik untuk join "Juliana Seth Group"


Perniagaan Internet & billionaires

2:02 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Perniagaan Internet telah melahirkan satu generasi eCEO yang bukan sahaja kaya, tetapi muda. Antaranya adalah…

  • Michael Dell; Dell COmputers
  • Tedd Waitt; Gateway Computers
  • David Filo; Yahoo!
  • Jery Yang; Yahoo!
  • Jeff Bezos; Amazon.com
  • Pierre Omidyar; eBay
  • Rob Glaser; RealNetworks
  • Jeff Skoll; eBay
  • Vinny Smith; Quest Software
  • Monte Zweben; Blue Martini Software

Kesemua nama di atas adalah antara yang menjadi BILLIONAIRE pada usia awal 30-an (bukan setakat jutawan… tetapi bilionair!) Kesemuanya mempunyai persamaan iaitu, mengsasarkan pasaran sedunia. Perniagaan Internet membolehkan anda menjalankan perniagaan sedunia untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.


Sekiranya rakyat Malaysia mengikuti saranan kerajaan menjadi Malaysia GLOKAL, mana tahu suatu hari nanti nama orang kita juga turut tersenarai
Pada ketika ini, terdapat 1 billion pengguna Internet sedunia! Perniagaan Internet di Malaysia masih ditahap baru, namun, peluang ini perlu diambil untuk menjadi perintis (pioneer) industri anda untuk menjadi pertama memasuki fikiran pengguna.


Klik untuk join "Juliana Seth Group"



Pelancaran "Juliana Seth Group"

8:47 PG Dicatat oleh Juliana Seth



Salam sejahtera dan selamat pagi,

Diharap anda semua dalam keadaan ceria menghadapi pagi Isnin nie...maklumlah ada yang baru masuk ke ofis dan ada juga yang baru nak ke tempat kerja sekarang.

Saya nak beritahu anda semua yang saya baru sahaja melancarkan "Yahoo Group" saya sendiri pada hari ini.Tujuan saya wujudkan group ini adalah untuk memudahkan lagi komunikasi di antara saya dan pelanggan-pelanggan serta anda semua boleh gunakan "group" ini untuk menyalurkan maklumat berguna,berkenal-kenalan serta boleh mengajukan soalan pada saya.
Saya juga akan melakukan promosi serta akan memberikan diskaun yang hebat keatas barangan saya di lelong.com.my.Semuanya khas untuk perserta sahaja.Dalam erti kata lain,peserta "group" saya boleh membeli item yang saya list-kan di lelong.com.my tanpa perlu membida dan mendapatkan barangan lebih cepat sebelum bidaan di tutup.Harganya pulak lebih murah kerana saya akan bagi diskaun kepada peserta berdaftar sahaja.

Jadi,tunggu apa lagi,daftarlah sebagai ahli "Yahoo Group" saya di http://groups.yahoo.com/group/julianaseth

Anda boleh klik sahaja di pautan tersebut atau pautan yang terdapat di "signature" e-mail saya.Saya akan tutup keahlian apabila bilangan keahlian telah mencapai had tertentu kerana keahlian di atas jemputan sahaja dan saya perlu "concentrate" untuk menguruskan "Yahoo Group" ini.So,marilah daftar sekarang dan saya akan aturkan aktiviti yang pasti menarik hati anda semua.

Sekian buat kali ini,salam kejayaan untuk anda semua :)



Pasukan bola sepak manakah kegemaran anda?

12:00 PG Dicatat oleh Juliana Seth


Salam sejahtera untuk semua,

Hari nie ialah hari Ahad,takde apa kerja yang saya lakukan,cuma membawa diri window shopping di Sunway Pyramid dan makan-makan di cafe Pappa Rich(kat situ makanannya sedap jugak..anda boleh cuba)

So,kebetulannya malam nie ada perlawanan bola Man Utd vs Aston Villa...hahaha anda semua mesti terkejut yang saya tahu pasal bola..sebenarnya,saya nie tak pandai sangat pasal bola cuma masa zaman David Beckham di MU saya pun terikut-ikut member yg minat pada dia...so,sampailah sekarang saya masih minat pada david,cuma saya tetap suka MU walaupun david dah pindah ke mana ntah saya kurang periksa...(ada sesapa yg boleh bagi tau ke mana david nie)

So,masa keluar tadi saya pakai jersi MU tau..wah..gempak habis tue...So,tentu anda juga ada pasukan bola yg anda suka..bagi saya bola sepak nie sukan untuk semua..bukan untuk lelaki saja..anda setuju tak dengan pendapat saya?walaupun tak tahu apa sangat tapi,kalau ada orang tanya,saya ada serba sedikit jawapan sekurang-kurangnya...tak lah nampak outdated sangat..

Oklah,sekian untuk hari ini dan saya akan update something yg baru esok...


Terima Kasih;