Bagaimana Untuk Meninggalkan Pekerjaan Anda Secepat Mungkin & Kecapi Kebebasan Diri

3:27 PTG Dicatat oleh Juliana Seth


"Bagaimana Untuk Meninggalkan Pekerjaan Anda Secepat Mungkin & Kecapi Kebebasan Diri"

Klik di sini & dapatkan audio temubual PERCUMA antara saudara Zamri Nanyan & Mr.C***
(Siapa tak kenal Zamri Nanyan...?!!)

Salam sejahtera kepada anda semua..Mungkin pada ketika saya menulis blog ini anda semua masih berada di tempat kerja menyiapkan tugasan pejabat atau apa sahaja kerja yang berkaitan dengan pekerjaan anda.Mungkin ada di antara anda yang mungkin dah berasa jemu dan terfikir untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan..!??Nanti dulu,tangguhkan hasrat anda untuk berhenti kerja sekiranya anda bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri tak kiralah perniagaan konvensional atau perniagaan internet.Bukan saya nak halang niat murni anda untuk berniaga..bukan itu niat saya sama sekali.Cuma,anda perlu dengar nasihat dari seorang pakar sebelum anda berani dan nekad berhenti kerja.Kepada sesiapa yang dalam dilema kerana di-offer VSS juga patut fikirkan hala tuju anda selepas itu.Oklah,di sini saya nak berkongsi dengan anda semua temuramah oleh sahabat baik saya iaitu saudara Zamri Nanyan yang merupakan internet marketer yang hebat di negara kita.Temuramah ini adalah di antara beliau dan Mr.C..Siapa yek Mr.C nie..??Oklah kalau anda nak tahu siapa Mr.C ..saya bagi klu sikitlah..Mr.C nie adalah salah seorang yang hebat dalam dunia perniagaan internet,dia juga sangat terkenal di luar negara yang mana beliau sudah dijemput ke beberapa buah negara untuk memberikan ceramah dan workshop.Tapi,yang penting...beliau adalah rakyat MALAYSIA seperti kita.

KLIK DI SINI UNTUK MENDENGAR TEMURAMAH TERSEBUT

Temuramah ini sebenarnya adalah SULIT dan tidak di publishkan kepada orang ramai.Saya telah mendapat kebenaran daripada saudara Zamri Nanyan untuk re-publishkan di blog saya..tq bro Zamri.Walau macammana pun offer nie terhad sahaja dan bila-bila masa beliau boleh tarik balik audio link ini.So,sebagai menghargai pembaca setia blog dan para pelanggan saya..Anggap saja ini adalah salah satu hadiah buat anda.Audio temubual ini benar-benar PERCUMA.Semoga,serba sedikit dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang penting dalam hidup.Hakikatnya ialah,kita perlu menyedari di mana diri kita pada ketika ini...adakah kita sesuai dengan bekerja untuk orang lain atau kita sememangnya berbakat menjadi bos sendiri.

KLIK DI SINI UNTUK MENDENGAR TEMURAMAH TERSEBUT

P/S:Kalau anda dah dapat audio link tersebut,sila simpan untuk diri sendiri dan JANGAN forward.Saya harapkan kejujuran anda :)

Terima kasih;

Klik untuk join "Juliana Seth Group"

Juliana Binti Seth
Co-founder Citrus Group Of Co'
http://www.labella.lelong.com.my/
http://www.viceversa.lelong.com.my/
http://www.citrusgallery.lelong.com.my/



Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

Tip-tip untuk menjadikan anda sebagai salah seorang usahawan internet wanita yang berjaya

12:41 PG Dicatat oleh Juliana Seth


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Saya harap anda semua sedang bergembira menghabiskan hujung minggu anda bersama
keluarga atau orang tersayang.Tentunya banyak aktiviti yang akan dilakukan pada
waktu-waktu begini.
Oklah,dipendekkan cerita…setalah siap urusan promosi dan jualan setengah tahun
di online store saya dan beberapa kerja niche marketing..tibalah masa saya untuk
kembali kepada motif asal saya iaitu memberikan serba sedikit pengetahuan saya
dalam dunia perniagaan internet kepada pembaca blog saya.Saya nie taklah berapa
pandai malah masih lagi terus belajar dalam bidang ini.Cuma,saya suka melihat
jika ada di antara kaum wanita di luar sana especially suri rumah tangga dapat
menambah pendapatan dari aktiviti perniagaan internet dari rumah.Tips perniagaan
internet saya adalah PERCUMA dan saya berharap lebih ramai lagi wanita akan
menjadi usahawan internet di masa akan datang.Sesungguhnya,tangan wanita bukan
sahaja untuk menggoyang buaian malah mampu menggoncangkan dunia :)


Tip-tip untuk menjadikan anda sebagai salah seorang usahawan internet wanita yang berjaya.

Buka mata buka minda:

Sesiapa sahaja yang boleh membaca blog ini,tahu menaip dan klik mempunyai potensi untuk menjadi usahawan internet.Kaum wanita yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa juga tidak ketinggalan untuk mempunyai peluang yang sama rata.

Perniagaan internet yang diusahakan secara konsisten akan mampu menjana pendapatan yang lumayan.Lebih hebat lagi jika anda dapat menguruskan rumah tangga sambil berniaga di internet.Satu kemudahan dan peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh kaum wanita seperti anda.

Gunakanlah komputer peribadi di rumah secara bijaksana dan betul kerana komputer pada masa ini bukan lagi satu alat yang digunakan untuk permainan atau mencari maklumat.Bahkan,ia berperanan lebih besar lagi di mana anda boleh menghasilkan wang daripadanya.Hentikan membayar bil bulanan internet anda secara sia-sia.Lakukan sesuatu dan anda akan mampu memperolehi lebih dari itu.

Jika anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti menjual kain,mengambil upah menjahit baju,andaman,membuat kuih dan biskut serta bermacam aneka bisnes lagi.Adalah lebih baik jika anda dapat memasarkannya melalui internet.Ini kerana,anda berpeluang memperkenalkan produk atau servis anda secara lebih meluas di internet.Ramai lagi orang di luar sana yang perlukan produk dan perkhidmatan anda.Jadi,kenapa anda tidak mahu memenuhi permintaan mereka.Anda seperti menolak rezeki jika tidak menjalankan perniagaan internet sekarang.Mulalah bertindak hari ini dan kuasailah pasaran sebelum mereka yang lain sedar.

Sebagai suri rumah tangga anda patut berasa bangga kerana anda adalah hebat.Kenapa saya berkata demikan? Jika anda menceburkan diri dalam perniagaan internet anda hebat kerana dapat membuat 2 tugasan sekaligus iaitu menguruskan rumah tangga dan menjadi usahawan cyber.Tambahan lagi,anda tidak perlu menyertai "perlumbaan tikus" seperti kaum lelaki atau orang lain di mana mereka terpaksa bangun pagi dan bersesak pergi kerja dan pulang juga begitu..terperangkap di dalam traffic jammed.Mereka seperti di program untuk melakukan rutin yang sama seperti itu.Hari Jumaat mungkin hari bahagia bagi mereka kerana Sabtu dan Ahad cuti.Sedangkan anda mempunyai hari AHAD setiap hari dan paling asyik ialah anda mendapat wang hasil perniagaan internet anda.

Lagi satu yang best ialah,perniagaan internet boleh diuruskan secara automatik.Anda tidak perlu menghadap komputer 24 jam.Pemasaran dan penerimaan bayaran boleh berlaku ketika anda sedang memasak atau membasuh baju,Hebatkan?

Persoalannya ialah…Bagaimana ingin bermula?saya tidak tahu pasal komputer dan IT.Ohh..mudah sahaja,saya di sini dengan senang hati akan memberikan anda pengetahuan dan pengalaman saya.Apa yang anda perlu lakukan ialah teruskan bersama blog saya kerana saya akan memberikan tip-tip secara PERCUMA sahaja khas untuk membela nasib wanita supaya kita jugak akan berupaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Jangan lupa,nantikan sambungannya di lain waktu :)