Respon Percutian

2:09 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Salam sejahtera kepada anda semua,

Saya berharap anda semoga berada dalam keadaan yang sihat dan gembira selalu.
sehari-dua nie saya agak sibuk sedikit kerana saya akan bercuti ke Pulau Langkawi bermula 25-03-2009 hingga 30-03-2009.So,ini pun baru lepas mengemaskan beg untuk dibawa ke sana.

Rasa lega juga dapat bercuti setelah penat bekerja.Destinasi pilihan ialah Pulau Langkawi,ini adalah kali kedua saya ke pulau tersebut.Saya nak habiskan melawat ke tempat-tempat yang tak sempat disinggah dahulu(saya baru 2 kali ke Langkawi...)So,kalau anda juga nak pergi bercuti,saya galakkan anda semua bercutilah di dalam negara sebelum pergi ke luar negara.(saya saja jer bercuti selepas musim cuti sekolah..dapat elakkan kesibukan dan crowded)

Sebenarnya,sebelum bercuti nie saya kena siapkan kerja-kerja seperti menjawab e-mail pelanggan,menghantar barangan yang telah dibayar dan macam-macam lagilah termasuk menyediakan "vacation auto-response" di e-mail.Saya tak mahu pelanggan-pelanggan risau dan tertunggu-tunggu ke mana menghilangnya saya..especially kepada yang dah buat bayaran.Untuk pengetahuan anda semua,saya juga turut risau dengan keadaan ini,saya tak suka buat pelanggan saya susah hati.Tapi,saya berjanji akan "catch-up" semula kerja-kerja yang bakal tertangguh nie.Saya nak minta maaf jika ada pelanggan saya yang mungkin akan mengalami sedikit kelewatan menerima barang.

Selepas becuti nie saya ada beberapa projek yang akan dijalankan.Saya akan update dan listing-kan item-item baru.Lagi satu,saya nak ajak anda semua menyertai satu komuniti yang akan mengumpulkan semua pelanggan saya tidak kira dari online store yang mana pun.Kita akan bergerak dan berhubung dalam sebuah "Yahoo Group".So,kat situ kita akan dapat ramai kawan baru dan macam-macam aktiviti boleh dijalankan.Antara yang terlintas di fikiran saya ialah mengenai kursus Pemasaran Internet secara PERCUMA.Ada macam-macam lagi,saya akan fikirkan semasa bercuti di Langkawi nanti :)So,nantikan jemputan melalui e-mail.Jangan tak join pulak tau.

Oklah,saya perlu tidur sekarang kerana esok saya akan bertolak pagi,takut tak terjaga dan terlepas flight pulak nanti.So,sebelum saya masuk tidur,saya nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi baca blog saya.Saya berjanji anda semua akan gembira berada di sini dan paling penting saya nak minta maaf sekali lagi kepada pelanggan-pelanggan saya yang mungkin akan lewat menerima barangan mereka.Terima kasih kerana membeli dari saya dan jangan lupa beli lagi :)

Terima Kasih;

0 ulasan:

Catat Ulasan