Terima kasih kerana sudi singgah

2:27 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Salam sejahtera kepada semua,

Sebenarnya sudah agak lama juga saya terfikirkan idea untuk mewujudkan blog saya sendiri.Cuma masa selalu tidak menyebelahi saya untuk berbuat demikan.Tetapi,pada hari ini saya berjaya juga melakukannya.

Tujuan saya mewujudkan blog ini ialah untuk terus merapatkan hubungan dan berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan saya di laman web lelong.com.my.Sudah tentu anda juga sedia maklum yang saya adalah pengendali laman lelongan http://www.labella.lelong.com.my/ dan beberapa online store yang lain.Jadi dengan wujudnya blog seperti ini dapatlah saya berinteraksi terus dengan pelanggan-pelanggan saya dan mengetahui respon mereka.


Disamping itu juga,saya akan updatekan juga item-item baru yang disenaraikan di laman lelongan saya.Saya percaya dengan kaedah ini mereka yang tidak mempunyai akaun di lelong.com.my juga boleh mendapatkan barangan kesukaan mereka.Saya juga akan menyediakan input-input berkualiti dan tak lupa juga gossip terkini(perempuan memang suka bergossip...) serta tips-tips berguna seperti panduan kecantikan dan apa sahaja yang difikirkan sesuai...

Kepada kaum Adam yang menjadi pelanggan dan follower blog ini...anda juga tidak akan dipinggirkan(nak bagi mereka join ker..??) hahaha..bolehlah...saya akan cuba dapatkan maklumat berguna juga untuk anda..seperti maklumat IT terkini..gadgets...(perempuan pun tahu pasal gadgets jugak tau..) dan info-info berguna yang lain.

Saya mempunyai azam yang sungguh tinggi dalam bisnes online ini.Walaupun anda semua melihat saya sebagai orang baru dalam industri ini tambahan pula saya adalah seorang wanita...Tetapi,berilah sedikit masa dan saya akan membuktikan wanita juga adalah setanding dan mempunyai daya saing yang sama dengan kaum lelaki....(wahai kaum wanita...marilah sokong saya...)Saya juga suka jika ada di antara anda kaum wanita(lelaki tak payahlah..diaorangkan dah terer)berminat dan mempunyai cita-cita seperti saya...Jadi,marilah kita berkongsi idea di sini dan masih ada waktu dan belum terlewat.Cuba bayangkan suatu hari nanti kita kaum wanita berjaya menjadi ikon bisnes internet di Malaysia dan tak mustahil juga di dunia...jadi,inilah peluang yang ada di depan mata kita untuk direbut.

Sekian untuk waktu ini dan sampai berjumpa lagi di lain waktu.Jangan lupa komen di blog saya ok.Salam kejayaan untuk anda.

Ikhlas;

0 ulasan:

Catat Ulasan