Pelancaran "Juliana Seth Group"

8:47 PG Dicatat oleh Juliana Seth



Salam sejahtera dan selamat pagi,

Diharap anda semua dalam keadaan ceria menghadapi pagi Isnin nie...maklumlah ada yang baru masuk ke ofis dan ada juga yang baru nak ke tempat kerja sekarang.

Saya nak beritahu anda semua yang saya baru sahaja melancarkan "Yahoo Group" saya sendiri pada hari ini.Tujuan saya wujudkan group ini adalah untuk memudahkan lagi komunikasi di antara saya dan pelanggan-pelanggan serta anda semua boleh gunakan "group" ini untuk menyalurkan maklumat berguna,berkenal-kenalan serta boleh mengajukan soalan pada saya.
Saya juga akan melakukan promosi serta akan memberikan diskaun yang hebat keatas barangan saya di lelong.com.my.Semuanya khas untuk perserta sahaja.Dalam erti kata lain,peserta "group" saya boleh membeli item yang saya list-kan di lelong.com.my tanpa perlu membida dan mendapatkan barangan lebih cepat sebelum bidaan di tutup.Harganya pulak lebih murah kerana saya akan bagi diskaun kepada peserta berdaftar sahaja.

Jadi,tunggu apa lagi,daftarlah sebagai ahli "Yahoo Group" saya di http://groups.yahoo.com/group/julianaseth

Anda boleh klik sahaja di pautan tersebut atau pautan yang terdapat di "signature" e-mail saya.Saya akan tutup keahlian apabila bilangan keahlian telah mencapai had tertentu kerana keahlian di atas jemputan sahaja dan saya perlu "concentrate" untuk menguruskan "Yahoo Group" ini.So,marilah daftar sekarang dan saya akan aturkan aktiviti yang pasti menarik hati anda semua.

Sekian buat kali ini,salam kejayaan untuk anda semua :)



0 ulasan:

Catat Ulasan