Apple iPhone

2:34 PG Dicatat oleh Juliana Seth




Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya,

Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat dan ceria.Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit kepada anda semua berkenaan Apple iPhone.

Pada hari Jumaat lepas saya telah ke Midvalley Megamall dan kebetulan semasa itu pihak Maxis sedang mengadakan road-tour berkenaan pakej pascabayar mereka sambil menawarkan Apple Iphone dengan terma-terma tertentu.

Saya tidak berminat sangat dengan pakej pascabayar mereka,cuma saya agak tertarik dengan Apple iPhone yang agak baru tiba di Malaysia.Saya pun tidak melepaskan peluang untuk memegang sendiri iPhone tersebut dan mencubanya.


Komen saya ialah,ianya sangat hebat dari segi "look & stylish"buatannya kemas dan tidak berat,mudah dikendalikan serta mempunyai screen sesentuh yang sangat dinamik.Boleh scroll dan zoom hanya mengunakan jari saja..!!

Harga pasarannya agak mahal lebih kurang RM3000++(kalau tak silap saya).Sesapa yang berminat dan ada di sekitar KL,bolehlah pergi ke road tour tersebut yang bertempat di Midvalley Megamall dan akan berakhir pada 12-4-2009..masih ada masa lagi..

Kalau sesapa yang berminat nak tahu lebih lanjut lagi,boleh klik DI SINI dan saya akan bawa anda terus le laman web Apple iPhone.


Terima Kasih;


Klik untuk join "Juliana Seth Group"




0 ulasan:

Catat Ulasan