Langkah untuk update status "Buyer Paid" di Lelong.com.my

1:47 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Salam sejahtera,

Kerap kali saya menerima e-mail dari para pelanggan bertanyakan bagaimana nak "update"kan status "buyer paid" di lelong.com.my setelah membuat bayaran.

Bagi pengguna laman lelong.com.my yang dah senior mungkin tiada masalah.Tetapi,bagi yang baru pertama kali membeli dan kurang pengalaman mungkin mereka tertanya-tanya bagaimana nak buat.

Update buyer paid status memang digalakkan oleh pihak lelong.com.my dan penjual/seller juga amat sukakan pelanggan mereka yang update selepas bayaran dibuat.Sebabnya ialah:



  1. Selepas anda update "buyer paid" status,seller akan menerima auto e-mail dari pihak lelong.com.my yang menyatakan ada pelanggan dengan ID XXX telah membuat bayaran.

  2. Seller akan terus dapat lihat di sistem status "Buyer Paid" ini dan mereka perlu ambil tindakan segera.Jika anda tidak update,seller akan mengalami kesukaran untuk detect payment anda.Jika ini berlaku,penghantaran akan lewat.Perlu diingatkan ada sesetengah seller perlu attend ratusan e-mail dari buyer atau prospek setiap hari.So,langkah anda update "buyer paid" status akan memudahkan seller memproses item anda segera berbanding jika anda hanya e-mail secara biasa kepada seller.

  3. Di ruangan buyer paid status sudah disertakan ruang untuk upload proof of payment dari resit yang anda scan.So, lebih mudah berbanding jika anda nak attach melalui e-mail.Kadangkala file image broken dan seller akan minta anda re-attached.

  4. Selepas seller updatekan status pembelian,anda pula akan mendapat auto e-mail dari lelong.com.my yang mengatakan item yang anda beli sudah sedia dihantar.Seller akan update parcel tracking number.So, anda kenalah bagi sedikit cooling period dalam 1-3 hari untuk item tiba di rumah/alamat anda.


So, itu sahaja yang anda perlu lakukan.Ia akan memudahkan kedua-dua belah pihak especially buyer yang dah buat bayaran awal.Saya bercadang untuk hasilkan video langkah-langkah untuk update status "buyer paid" ini dari awal hingga akhir.Cuma,buat masa ini masih tak berkesempatan lagi :)

Saya akan letakkan gambarajah di sini (slila klik gambar itu untuk view yg.lebih jelas) dan anda boleh follow langkah-langkah yang telah ditunjukkan.Kalau kurang faham boleh e-mail saya :)





Klik untuk join "Juliana Seth Group"




Juliana Binti Seth
Co-founder Citrus Group Of Co'
http://www.labella.lelong.com.my/
http://www.viceversa.lelong.com.my/
http://www.citrusgallery.lelong.com.my/





Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

0 ulasan:

Catat Ulasan