Revolusi.....

11:52 PTG Dicatat oleh Juliana Seth


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya tahu anda berada di sini kerana ingin membeli item yang dijual oleh saya di Facebook pada harga "Reseller"...Baiklah...anda memang berada di tempat yang betul..teruskan bacaan anda kerana tak lama lagi anda akan menjadi salah seorang daripada "koloni" saya... Ya, anda akan menjadi sebahagian dari team "Juliana Seth"

Sebelum itu, biar saya terangkan serba sedikit mengenai projek ini...

1- Projek ini saya namakan sebagai "Revolusi Dropship" di mana bila anda telah menjadi ahli, anda layak untuk membeli barang-barang jualan saya di Facebook pada harga "Reseller" atau harga "Pemborong".

2- Harga-harga itu akan dipaparkan pada setiap deskripsi jualan saya di Facebook. Jika anda tidak mendaftar, anda juga masih boleh membeli dari saya tetapi harga yang anda akan bayar adalah harga biasa atau harga runcit. Tiada diskaun akan diberi.

3- Harga "Reseller" yang ditawarkan adalah termasuk sekali dengan kos penghantaran ke seluruh Malaysia. Jadi, ia sememangnya murah :)

4- Selepas anda mendaftar dan membeli daripada saya, anda juga berhak untuk mengarahkan saya supaya menghantar barangan tersebut ke mana-mana destinasi lain selain dari alamat anda...

5- Saya akan membungkus dan menghantarkan barangan tersebut bagi pihak anda secara PERCUMA. Tetapi, barangan tersebut hanya boleh dihantar di dalam Malaysia sahaja termasuk Sabah dan Sarawak. ( Akan datang, perkhidmatan ini akan diluaskan ke Brunei, Singapura dan Indonesia)

6- Setiap parcel yang dihantar, akan diletakkan nama anda sebagai "Sender". Ini akan menunjukkan seolah-olah anda yang menghantar barangan tersebut dan bukannya saya.

Jadi, anda nampak atau tidak peluang
"bisnes" yang saya cuba berikan kepada anda.. Ya, anda boleh menjual semula barangan yang anda beli dari saya mengikut harga pasaran atau harga yang anda tetapkan sendiri. Keuntungan yang anda perolehi adalah 100% milik anda dan yang paling menariknya..anda boleh mempunyai pelanggan di seluruh Malaysia...

Kalau anda tak mahu berniaga pun takpe, sekurang-kurangnya anda boleh membeli pada harga yang murah dan
pakai sendiri barangan tersebut. Tidak menjadi masalah...

Dan..ada satu lagi perkara yang sangat penting....
INI ADALAH SANGAT RAHSIA DAN EKSLUSIF HANYA UNTUK "KOLONI" JULIANA SETH SAHAJA...

Apa yang "rahsia" sangat tue..?

OK, apa yang saya nak beritahu di sini ialah..sebagai ahli "Revolusi Drophip" anda juga akan mendapat tambahan pendapatan hanya dengan mendaftar sebagai ahli...Ya, anda berhak untuk mendapat
"syer" di dalam koloni ini...Menarikkan..?? Bukan sahaja dapat beli barang pada harga borong..tetapi, dapat juga "syer" yang akan dibayar secara TUNAI.

Untuk perhatian, ini bukanlah skim cepat kaya atau internet scam...Saya hanya menjalankan bisnes yang betul dan saya juga adalah
"entiti" yang wujud di muka bumi ini..kebanyakkan rakan-rakan di Facebook saya adalah kawan, saudara mara dan juga para pelanggan yang sudah ribuan kali berurusniaga dengan saya...dan ada yang pernah berjumpa dengan saya secara LIVE...Jadi, tidak ada keraguan di sini...

Saya mempunyai impian untuk membina
empayar perniagaan internet yang besar...Tetapi, untuk mencapai hasrat itu...saya tidak berdaya untuk melakukan secara sendiri...Jadi, saya jemput anda untuk menjadi sebahagian daripada "sejarah dropship" yang sedang dicipta ini...

Persoalan terakhir ialah.....
Bagaimana nak mendaftar dan menjadi sebahagian dari "Koloni" Juliana Seth..??? Saya dah tak sabar nak join nie...

Anda sememangnya patut berperasaan begitu....perasaan tak sabar itu perlu kerana, Saya tidak boleh nak offer semua orang menjadi ahli "koloni" ini....Ya, saya akan
menghadkan bilangannya atas sebab-sebab teknikal dan pengurusan..

Jom Sertai "Revolusi Dropship"

Jika anda berminat nak membeli barangan saya pada harga "pemborong" dan pada masa yang sama nak tahu pasal "Syer" tunai yang saya akan berikan...Silalah isikan maklumat yang diperlukan seperti di kekotak di bawah.

1- Isikan ruangan nama dan letakkan
nama panggilan atau nama "manja" anda.

2- Kemudian, sila isikan ruangan email dengan
alamat email anda..pastikan alamat email itu betul dan email ini selalu disemak oleh anda..Ini penting kerana, segala maklumat rahsia tidak akan dihantar melalui Facebook. Kita akan menggunakan email.

3-
5 minit selepas semua maklumat diisikan, sila terus bukak email yang telah anda daftar tadi...dan anda akan menerima satu email dari saya...apa yang perlu anda lakukan ialah, klik sahaja link yang terkandung di dalam email tersebut. Langkah ini digunakan untuk membanteras spam email...

Ok, kalau semua dah faham....jom kita mula isikan kekotak di bawah ini.


"Revolusi Dropship"


Juliana Seth

  • Dapatkan maklumat mengenai peluang anda untuk "buat duit di Facebook" dengan cara yang telah dilakukan oleh saya.

    Ya! Saya akan membimbing dan menjadi Mentor anda. Segala maklumat adalah PERCUMA.

  • 0 subscribers
  • Email Marketing by GetResponse



Jika anda menghadapi masalah dan nak tanya dengan lebih lanjut mengenai program ini. Sila emailkan pertanyaan anda ke feedback@revolusidropship.com atau boleh terus call saya di 019-2099800 (Juliana)

Tq and good luck to you :)

Salam hormat & Terima kasih

Ekspo Puteri POS

3:02 PG Dicatat oleh Juliana Seth




Hi,

saya akan berada di ekspo Puteri POS pada hari ini (29/4/2011) di kawasan pejabat Pos, kompleks Daya Bumi. Kepada kawan2 di facebook, blog dan twitter yg nak beli jam tangan pada harga yang terbaik...sila jumpa saya di sana. Expo bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang :)

Salam hormat & Terima kasih



F-Commerce

1:40 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Hi,

Apa khabar semua? Harap2 semua sihat dan gembira..

Oklah, untuk post kali nie saya nak straight-forward jer..pasal dan jam 4:35 pagi dah..saya tak dapat tidur lagi...

Pernah dengar F-Commerce...?? Oklah, F-Commerce nie lebih kurang macam berniaga kat facebook lah...tapi, kita gunakan "page" untuk letakkan "shopping cart" kita..So, macam canggihlah sikit berbanding berniaga guna "profile badge". Bukan tak boleh guna "profile badge"..boleh...Tapi, satu masalah bila dah ramai sangat kawan atau customer..dan dah sampai "limit". So, kita dah tak boleh "add" atau "confirm-kan" kawan2 lagi..

So, sebab tuelah saya cuba untuk buat "F-commerce" nie..ok..kalau nak tahu lebih lanjut apa itu F-Commerce dan macam mana ia berfungs..Sila, klik pada imej di bawah...tentu ianya pengalaman baru anda hari ini..

Have a great day :)



Salam hormat & Terima kasih

Tsunami di Jepun punca Facebook "slow"?

12:24 PG Dicatat oleh Juliana Seth


Klik DI SINI untuk membaca komen-komen mengenai isu ini di Facebook.


Salam hormat & Terima kasih

Tahniah Dato' Lee Chong Wei

2:20 PG Dicatat oleh Juliana Seth



Berbaloi jugak rasanya saya menyaksikan perlawanan badminton antara Dato' Lee Chong Wei dari Malaysia dan Lin Dan dari China.

Memang sejak semalam saya dah agak yang Final All England 2011 kali ini akan mempertemukan Pemain No. 1 Dunia iaitu Dato' Lee Chong Wei dengan Juara Dunia dan Olimpik Lin Dan. Walaupun untuk beberapa kali Lin Dan cuba untuk tidak bersemuka dengan Dato' Lee Chong Wei dengan alasan-alasan yang meragukan dan mengecewakan penonton dalam beberapa siri termasuk Malaysia Open yang lalu. Tapi, di pentas All England memang pertemuan kali ini di nantikan ramai peminat badminton. Dato' Lee Chong Wei cuba untuk mempertahan kejuaraan All England tahun lepas manakala Lin Dan pula cuba untuk muncul di kejuaraan besar seperti All England dan seterusnya cuba untuk membelasah Dato' Lee Chong Wei dan mengekalkan "badi" di antara mereka.

Tapi, tadi persembahan Dato' Lee Chong Wei nyata berbeza dan boleh saya kata ini adalah permainan terbaik beliau menentang Lin Dan yang pernah saya saksikan.

Apa pun, Tahniah Malaysia....tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan All England dan seterusnya membuang "badi" Lin Dan...Permainan anda malam ini sememangnya "superb" serta tidak menghampakan penonton di tanahair dan di The Nia, Birmingham, London.

Syabas Dato' Lee Chong Wei.

Kredit: www.yuzafi.com
Salam hormat & Terima kasih

BIG SALES!!!! sudah berakhir

2:55 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Salam sejahtera,

Saya ingin maklumkan sekali lagi bahawa BIG SALES!!!! telah ditamatkan pada 7/3/2011. Diulangi, telah ditamatkan.

Sebenarnya, BIG SALES!!!! tersebut saya tawarkan sempena "besday" saya pada 5/3/2011 dan tawaran tersebut telah diadakan selama 2 hari sahaja.

Walaubagaimanapun saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang masih berminat untuk mendapatkan jam tangan tersebut pada harga yang terbaik...sehingga kini saya masih saya lagi menerima sms/call/PM yang bertanyakan mengenai offer tersebut.

Anda semua jangan bimbang kerana saya ada mempunyai plan yang lain di mana saya tetap akan mengadakan tawaran-tawaran yang tidak kurang hebatnya..Tunggu.

Buat masa nie, saya sedang sangat sibuk menguruskan penghantaran barang yang telah dibayar oleh para pelanggan...

Oklah, teruskan setia di sini dan nantikan tawaran-tawaran hebat yang lain dari JULIANA SETH's Gallery...

Tq :)

Salam hormat & Terima kasih

My Birthday....and BIG SALES!!!!!

3:39 PTG Dicatat oleh Juliana Seth




Salam,

Hari ini ialah hari lahir saya..atau biasa orang cakap "besday". Terima kasih kepada semua kawan2, rakan niaga dan sedara mara yang wish besday kat saya di facebook. Kalau ada mana-mana yang saya tak sempat reply tu..saya minta maaflah...So,kat blog nie saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada semua...

Lagi satu, saya nak ucapkan terima kasih juga kepada semua yang datang support saya masa saya buat jualan di Expo Bank Rakyat KL. Memang ramai sangat yang datang dan dapatlah saya jumpa kawan2 facebook dan twitter serta pembca blog saya secara LIVE. Next time, kalau saya ada buat jualan "offline"..saya akan inform anda semua...

Bersempena dengan "besday" saya hari nie...haa..ada berita gembira buat semua...Pada hari ini bermula dari 5/3/2011 hingga 7/3/2011....Saya akan buat "Jualan Besday" yang mana jam-jam tangan akan dijual pada harga hanya RM50.00 sahaja dan tiada kos penghantaran dikenakan. Jualan ini melibatkan item di facebook di dalam folder "BIG SALES!!!!!" sila klik link ini ~> BIG SALES!!!!!

Ini bermakna, anda hanya akan membayar RM50.00nett dan tiada kos penghantaran dikenakan. Tetapi, tawaran ini hanya melibatkan penghantaran ke seluruh Malaysia sahaja. Jadi, tidak kira ana berada di Sabah, Sarawak, Penang, Perlis, Johor atau di mana-mana sahaja dalam Malaysia..anda layak untuk membeli jam tangan dan tidak perlu membayar kos penghantaran. Tawaran ini hanya akan dibuka selama 2 hari sahaja bermula dari hari ini.

Oklah, saya nak pergi keluar makan...ada sesapa yang nak belanja saya dinner hari nie..? Setakat ini dahulu, dan jika ada pertanyaan, sila call saya di 0192099800 atau boleh "feedback" di wall facebook saya.

Jumpa lagi...

P/S: Jangan lupa, "BIG SALES!!!!!" hanya akan dibuka selama 2 hari sahaja :)

Salam hormat & Terima kasih