Ingin menjadi yang terawal..?? Daftar sekarang-PERCUMA-

11:39 PTG Dicatat oleh Juliana Seth




















:
:


Sertai saya sekarang dan anda akan menerima pelbagai E-book hebat daripada saya secara PERCUMA serta berpeluang mendapat akses awal kepada pelbagai item saya yang terhangat di lelong.com.my Anda akan menjadi orang yang pertama melihat item tersebut sebelum orang lain.Pendaftaran adalah PERCUMA!!!! Tempat adalah terhad kepada 50,40,18 peserta terawal sahaja.Sila isikan maklumat anda seperti di atas.









Klik untuk join "Juliana Seth Group"


Juliana Binti Seth
Co-founder Citrus Group Of Co'
http://www.labella.lelong.com.my/
http://www.viceversa.lelong.com.my/
http://www.citrusgallery.lelong.com.my/



Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

Hi,my name is SAM.This is my card!!!

5:36 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Teringat saya degan sitcom popular 2+1 suatu masa dulu untuk tip ini.

Apabila membuat kad bisnes (business card), penuhi ruang belakang kad bisnes anda dengan maklumat perniagaan anda- produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Ini adalah kerana seseorang itu akan terima terlalu banyak kad bisnes dan jarang sekali dapat ingat apakah perniagaan anda sebenarnya sekiranya hanya nama anda dan nama syarikat sahaja yang terpapar.
Juga, jangan kedekut dalam memberi kad bisnes. Kata Dato Dr Fadzilah Kamsah, berikan kad bisnes anda walaupun anda pernah memberi kad bisnes kepadanya sebelum ini. Sekurang-kurangnya 5 kali, baru mereka akan mengingati anda!

(irfan khairi)

Klik untuk join "Juliana Seth Group"





Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

Handbag terbaru hari ini

11:58 PG Dicatat oleh Juliana Seth

Salam sejahtera,

Hari nie terdapat beberapa handbag dari pelbagai jenama yang popular telah di-update di online store saya.Ianya pastilah keluaran terbaru dan paling hangat di pasaran.Untuk mendapat maklumat lanjut.Sila klik gambar-gambar di bawah.









Terima kasih;


Klik untuk join "Juliana Seth Group"





Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

Zamri Nanyan akan membocorkan rahsia kedua?

4:15 PG Dicatat oleh Juliana Seth


Salam sejahtera kepada anda semua.Saya harapkan agar anda semua berada dalam keadaan sihat dan gembira.

Saya pasti yang anda semua telah mendengar rakaman audio “Confidential Conversation” yang disebarkan pada hari Rabu lepas.Untuk pengetahuan anda sudah 4,000 orang yang telah memuat turun dan mendengar rakaman tersebut.Jika anda ketinggalan untuk mendapatkannya,jangan risau kerana anda boleh mendapatkannya daripada saya secara PERCUMA sahaja.Apa yang perlu anda lakukan ialah klik sahaja DI SINI dan anda hanya perlu isikan nama dan alamat e-mail anda seterusnya rakaman tersebut akan dihantar terus ke e-mail anda.Ia sememangnya percuma dan anda tak perlu risaukan tentang itu.

KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN RAKAMAN AUDIO TERSEBUT

Mengapa saya sangat cadangkan anda untuk mendapatkan rakaman tersebut?Bukan sahaja kerana ia PERCUMA tetapi,rakaman tersebut adalah audio perbualan antara sahabat baik saya iaitu Saudara Zamri Nanyan(seorang internet marketer yang disegani di Malaysia) dengan seorang internet marketer yang bertaraf antarabangsa,iaitu Saudara Patric Chan.Patric Chan bukan satu nama asing lagi di dalam dunia internet marketing di dunia.Malah beliau boleh dikatakan antara 10 orang internet marketer terhebat dunia.Untuk pengetahuan anda rakaman audio tersebut tidak disunting(uncensored) dan anda akan dapati rakaman tersebut sebenarnya mengandungi banyak rahsia yang telah dicungkil oleh Zamri Nanyan dan tanpa disedari,Patric Chan telah banyak membuka rahsia yang sepatutnya disimpan oleh beliau.

Sudah tentu anda akan terlepas peluang jika tidak mendengar rakaman tersebut kerana Zamri Nanyan tidak akan membuka lama peluang ini.Bahkan,beliau akan menarik balik rakaman audio ini bila-bila masa sahaja.So,sebelum terlambat lebih baik kita simpan cepat-cepat rakaman tersebut.Menurut Zamri lagi,beliau akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu beliau akan memberikan pula laporan sulit beliau mengenai bagaimana beliau menjana pendapatan bulanan yang lumayan dari internet di samping sejarah bagaimana beliau terlibat dengan perniagaan internet.

So,kepada yang sudah mendapatkan rakaman tersebut,sama-samalah kita tunggu apa lagi yang lebih hebat cuba dibocorkan oleh Zamri Nanyan.

KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN RAKAMAN AUDIO TERSEBUT


Berjumpa lagi di lain masa…
P/S:Rahsia kedua hanya akan diperolehi oleh mereka yang telah mendapatkan rakaman audio tersebut sahaja.Klik sini jika masih belum mendapatkannya lagi.


Klik untuk join "Juliana Seth Group"



Workshop Lelong.com.my Pertama Di Malaysia

12:34 PG Dicatat oleh Juliana Seth



8 August 2009-8:30am-5:30pm

Melia Hotel,Kuala Lumpur


Salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya.


Saya harapkan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.Saya ada nak beritahu satu "breaking news" yang bakal menggemparkan dunia perniagaan internet Malaysia khususnya dalam bisnes "lelongan online"Berita ini saya baru saja terima sebentar tadi melalui e-mail dan saya percaya ianya adalah berita terkini dan mutakhir.Saya ada juga dengar cerita-cerita dan khabar angin bahawa satu workshop berkenaan lelongan online akan diadakan pada tahun 2009.Tapi,cerita-cerita itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya.Barulah sekejap tadi saya dah dapat "link" berkenaan workshop tersebut dan saya teruja untuk menghebahkan kepada anda semua(ini kerana saya jugak terlibat dalam perniagaan di Lelong.com.my).


Oklah,setelah saya lawati "link" workshop tersebut bolehlah saya buatkan beberapa rumusan dan mungkin tuan-puan boleh menjadikan rujukan jika tuan-puan berminat untuk menyertainya.Antara yang sempat saya highlight-kan di sini ialah:


  • Workshop ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.Sepanjang pengetahuan saya belum ada lagi organisasi atau pihak-pihak yang menjalankan bengkel seperti ini.

  • Pengendali workshop ini ialah saudara Eruwan Gery Norsen.Beliau boleh ditakrifkan sebagai seorang pakar lelongan online di Malaysia.Beliau telah menghasilkan 3 buah buku berkenaan lelongan online-Rahsia Raja Lelong,Secret of Lelong King dan Rahsia Jutawan Lelong.Beliau juga telah menghasilkan beberapa video panduan dan e-book berkenaan lelongan online.Bukan itu sahaja,Eruwan juga pernah muncul di kaca telivisyen dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan perihal industri lelongan online di Malaysia.Jadi,kepakaran beliau memang sudah tidak boleh dinafikan lagi.Pada pendapat saya,beliau adalah seorang yang berkelayakkan untuk mengadakan workshop seperti ini.Tidak syak lagi!!!

  • Eruwan juga telah mengambil langkah drastik dalam percubaan beliau untuk membawa keluar "underground seller" ke alam nyata.Kalau anda nak tahu,sebenarnya memang bukan senang kita nak tahu siapa dia "underground seller" nie.Ini kerana kebanyakkan mereka mempunyai kod etika sendiri iaitu dengan merahsiakan identiti mereka....mereka lebih suka membuat duit secara senyap dan sangat mementingkan privasi mereka.Lagi satu,mereka nie mempunyai banyak muslihat dan helah dalam perniagaan internet.Kalau di dalam buku kita boleh baca semua teknik "white hat" tetapi mereka nie mempunyai pelbagai teknik tersembunyi dan tak mudah kita nak korek rahsia mereka.Mereka nie macam bayang-bayang...adakah mereka nie wujud?Mereka guna teknik apa yek..??So,kita nantikanlah siapa dia underground seller tersebut.

  • Dalam workshop tersebut,Eruwan akan menerangkan kepada anda secara details proses-proses yang berlaku dan sedang berlaku dalam portal lelong.com.my.So,anda yang mengikuti workshop tersebut akan dapat information yang up-to-date.

  • Website anda sendiri kurang trafik atau langsung takder pengunjung.Penat saja anda buat website atau keluar duit untuk bayar pereka web membina laman web untuk anda..tetapi,tiada pengunjung.Bila tiada pengunjung..maka tiada sales.So,dalam workshop ini Eruwan akan membuka rahsia bagaimana kita boleh "drives traffic" ke website anda.Ilmu traffic atau SEO bukanlah satu perkara senang.Tapi,saya rasa Eruwan mempunyai strategi yang boleh dikongsikan kepada anda.

  • Lagi satu yang BEST ialah,saya lihat begitu banyak BONUS yang akan diberikan kepada bakal peserta.Antara yang menarik ialah,sebuah buku(Bukan Ebook)Rahsia Jutawan Lelong yang akan diberikan secara PERCUMA kepada peserta.Boleh dikatakan buku tersebut akan menjadi buku teks kepada para peserta.Tak lupa juga,Eruwan bermurah hati dengan memberikan bonus-bonus lain yang terdiri daripada e-book hebat hasil karya beliau.Banyak juga e-book yang akan diberikan.Saya kira adalah dalam 5 e-book dan ada juga 2 video mengenai panduan lelongan online.

  • Paling BEST sekali menurut pandangan saya ialah BONUS "personal support" dari Eruwan selama setahun dan "personal coaching" dari underground seller selama 3 bulan setelah tamat workshop.Personal coaching & support pula tersangat individu dan boleh berinteraksi bersama mereka melalui Yahoo Messenger dan boleh call mereka melalui handphone peribadi lagi.So,memang saya rasa satu usaha yang sangat bagus oleh pengendali workshop tersebut di mana mereka tidak akan membiarkan peserta mereka terkapai-kapai selepas workshop tersebut.Bagi saya,personal support dan coaching seperti ini adalah yang pertama di Malaysia.Bukan senang kita nak ambil masa mereka dan berbual secara peribadi selepas tamat workshop.

  • Mengenai yuran workshop pulak..saya agak terkejut kerana saya jangkakan sudah tentu ianya berada pada harga pasaran iaitu sekitar RM700 - RM800.Biasanya market price utk.workshop internet selama sehari..(sekali lagi..workshop bukan seminar) memang harganya tinggi.Tapi,"Eruwan and the gang" telah meletakkan harga pengenalan pada satu tahap yang "mampu pergi" oleh kebanyakkan orang atau internet marketer.Jangan terkejut harga yang ditawarkan cuma RM490.00 sahaja.Tambah memeningkan kepala saya Eruwan telah confirm bagi less RM100 lagi kepada peserta yang mendaftar awal(sebelum 15-7-2009).So,bayaran yang dikenakan ialah RM390.00 sahaja itu pun jika anda mendaftar awal.Murahkan...Berkemungkinan besar mereka akan menaikkan yuran workshop ini di masa depan.Siapa tahu harganya bakal mencecah RM800++(rasanya memang kena pergi nie...sementara harga masih murah)

  • Lokasi workshop pun bukan calang-calang tempat.Eruwan telah memilih untuk mengadakan workshop tersebut di Hotel Melia,Kuala Lumpur.Wah.memang hebat..sepanjang seminar tersebut para peserta tidak perlu risau tentang makanan dan minuman.Ini kerana harga yang anda akan bayar sudah termasuk untuk makan tengahari dan ada 2 coffee break.Semua acara tersebut akan berlaku dalam hotel Melia(bukan warung di tepi hotel Melia...ada warung ker kat situ..?)

  • Malangnya...cuma 30 tempat sahaja yang akan ditawarkan untuk workshop tersebut...sepatutnya boleh ramai lagi nie.Mungkin mereka tidak mahu mengambil ramai peserta kerana mereka perlu beri tumpuan sepenuhnya kepada semua yang hadir(..atau mereka tak mahu ilmu mereka "tumpah" kepada ramai orang...)Jadi,tempat memang terhad..so,siapa cepat dia dapat.

Itu sahaja ulasan peribadi saya mengenai workshop tersebut.Saya boleh mengkategorikan sebagai"MESTI PERGI" untuk workshop ini kerana bagi saya tidak mudah untuk seseorang berkongsikan rahsia yang sebegitu besar kepada umum.Bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk berniaga di internet,saya sangat cadangkan anda untuk sertainya ini kerana kebanyakkan Internet Marketer yang berjaya pada hari ini bermula di laman lelongan online.Setelah anda tahu selok belok model perniagaan ini,saya tidak akan hairan jika anda akan mampu pergi dengan lebih jauh lagi...

P/S:Rebutlah harga workshop pada RM390.00 sahaja(daftar awal sebelum 15-7-2009).Bagi saya ia cukup murah dan berbaloi berbanding jika anda nak belajar sendiri..banyak sangat jerih dan perihnya.Mana tahu jika anda dan saya boleh bertemu di sana nanti..kita boleh bincang pasal bisnes bersama-sama :)


SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT WORKSHOP LELONG.COM.MY


Review oleh:Juliana Seth(usahawanita Lelong.com.my)




Bagaimana Untuk Meninggalkan Pekerjaan Anda Secepat Mungkin & Kecapi Kebebasan Diri

3:27 PTG Dicatat oleh Juliana Seth


"Bagaimana Untuk Meninggalkan Pekerjaan Anda Secepat Mungkin & Kecapi Kebebasan Diri"

Klik di sini & dapatkan audio temubual PERCUMA antara saudara Zamri Nanyan & Mr.C***
(Siapa tak kenal Zamri Nanyan...?!!)

Salam sejahtera kepada anda semua..Mungkin pada ketika saya menulis blog ini anda semua masih berada di tempat kerja menyiapkan tugasan pejabat atau apa sahaja kerja yang berkaitan dengan pekerjaan anda.Mungkin ada di antara anda yang mungkin dah berasa jemu dan terfikir untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan..!??Nanti dulu,tangguhkan hasrat anda untuk berhenti kerja sekiranya anda bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri tak kiralah perniagaan konvensional atau perniagaan internet.Bukan saya nak halang niat murni anda untuk berniaga..bukan itu niat saya sama sekali.Cuma,anda perlu dengar nasihat dari seorang pakar sebelum anda berani dan nekad berhenti kerja.Kepada sesiapa yang dalam dilema kerana di-offer VSS juga patut fikirkan hala tuju anda selepas itu.Oklah,di sini saya nak berkongsi dengan anda semua temuramah oleh sahabat baik saya iaitu saudara Zamri Nanyan yang merupakan internet marketer yang hebat di negara kita.Temuramah ini adalah di antara beliau dan Mr.C..Siapa yek Mr.C nie..??Oklah kalau anda nak tahu siapa Mr.C ..saya bagi klu sikitlah..Mr.C nie adalah salah seorang yang hebat dalam dunia perniagaan internet,dia juga sangat terkenal di luar negara yang mana beliau sudah dijemput ke beberapa buah negara untuk memberikan ceramah dan workshop.Tapi,yang penting...beliau adalah rakyat MALAYSIA seperti kita.

KLIK DI SINI UNTUK MENDENGAR TEMURAMAH TERSEBUT

Temuramah ini sebenarnya adalah SULIT dan tidak di publishkan kepada orang ramai.Saya telah mendapat kebenaran daripada saudara Zamri Nanyan untuk re-publishkan di blog saya..tq bro Zamri.Walau macammana pun offer nie terhad sahaja dan bila-bila masa beliau boleh tarik balik audio link ini.So,sebagai menghargai pembaca setia blog dan para pelanggan saya..Anggap saja ini adalah salah satu hadiah buat anda.Audio temubual ini benar-benar PERCUMA.Semoga,serba sedikit dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang penting dalam hidup.Hakikatnya ialah,kita perlu menyedari di mana diri kita pada ketika ini...adakah kita sesuai dengan bekerja untuk orang lain atau kita sememangnya berbakat menjadi bos sendiri.

KLIK DI SINI UNTUK MENDENGAR TEMURAMAH TERSEBUT

P/S:Kalau anda dah dapat audio link tersebut,sila simpan untuk diri sendiri dan JANGAN forward.Saya harapkan kejujuran anda :)

Terima kasih;

Klik untuk join "Juliana Seth Group"

Juliana Binti Seth
Co-founder Citrus Group Of Co'
http://www.labella.lelong.com.my/
http://www.viceversa.lelong.com.my/
http://www.citrusgallery.lelong.com.my/



Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!

Tip-tip untuk menjadikan anda sebagai salah seorang usahawan internet wanita yang berjaya

12:41 PG Dicatat oleh Juliana Seth


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Saya harap anda semua sedang bergembira menghabiskan hujung minggu anda bersama
keluarga atau orang tersayang.Tentunya banyak aktiviti yang akan dilakukan pada
waktu-waktu begini.
Oklah,dipendekkan cerita…setalah siap urusan promosi dan jualan setengah tahun
di online store saya dan beberapa kerja niche marketing..tibalah masa saya untuk
kembali kepada motif asal saya iaitu memberikan serba sedikit pengetahuan saya
dalam dunia perniagaan internet kepada pembaca blog saya.Saya nie taklah berapa
pandai malah masih lagi terus belajar dalam bidang ini.Cuma,saya suka melihat
jika ada di antara kaum wanita di luar sana especially suri rumah tangga dapat
menambah pendapatan dari aktiviti perniagaan internet dari rumah.Tips perniagaan
internet saya adalah PERCUMA dan saya berharap lebih ramai lagi wanita akan
menjadi usahawan internet di masa akan datang.Sesungguhnya,tangan wanita bukan
sahaja untuk menggoyang buaian malah mampu menggoncangkan dunia :)


Tip-tip untuk menjadikan anda sebagai salah seorang usahawan internet wanita yang berjaya.

Buka mata buka minda:

Sesiapa sahaja yang boleh membaca blog ini,tahu menaip dan klik mempunyai potensi untuk menjadi usahawan internet.Kaum wanita yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa juga tidak ketinggalan untuk mempunyai peluang yang sama rata.

Perniagaan internet yang diusahakan secara konsisten akan mampu menjana pendapatan yang lumayan.Lebih hebat lagi jika anda dapat menguruskan rumah tangga sambil berniaga di internet.Satu kemudahan dan peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh kaum wanita seperti anda.

Gunakanlah komputer peribadi di rumah secara bijaksana dan betul kerana komputer pada masa ini bukan lagi satu alat yang digunakan untuk permainan atau mencari maklumat.Bahkan,ia berperanan lebih besar lagi di mana anda boleh menghasilkan wang daripadanya.Hentikan membayar bil bulanan internet anda secara sia-sia.Lakukan sesuatu dan anda akan mampu memperolehi lebih dari itu.

Jika anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti menjual kain,mengambil upah menjahit baju,andaman,membuat kuih dan biskut serta bermacam aneka bisnes lagi.Adalah lebih baik jika anda dapat memasarkannya melalui internet.Ini kerana,anda berpeluang memperkenalkan produk atau servis anda secara lebih meluas di internet.Ramai lagi orang di luar sana yang perlukan produk dan perkhidmatan anda.Jadi,kenapa anda tidak mahu memenuhi permintaan mereka.Anda seperti menolak rezeki jika tidak menjalankan perniagaan internet sekarang.Mulalah bertindak hari ini dan kuasailah pasaran sebelum mereka yang lain sedar.

Sebagai suri rumah tangga anda patut berasa bangga kerana anda adalah hebat.Kenapa saya berkata demikan? Jika anda menceburkan diri dalam perniagaan internet anda hebat kerana dapat membuat 2 tugasan sekaligus iaitu menguruskan rumah tangga dan menjadi usahawan cyber.Tambahan lagi,anda tidak perlu menyertai "perlumbaan tikus" seperti kaum lelaki atau orang lain di mana mereka terpaksa bangun pagi dan bersesak pergi kerja dan pulang juga begitu..terperangkap di dalam traffic jammed.Mereka seperti di program untuk melakukan rutin yang sama seperti itu.Hari Jumaat mungkin hari bahagia bagi mereka kerana Sabtu dan Ahad cuti.Sedangkan anda mempunyai hari AHAD setiap hari dan paling asyik ialah anda mendapat wang hasil perniagaan internet anda.

Lagi satu yang best ialah,perniagaan internet boleh diuruskan secara automatik.Anda tidak perlu menghadap komputer 24 jam.Pemasaran dan penerimaan bayaran boleh berlaku ketika anda sedang memasak atau membasuh baju,Hebatkan?

Persoalannya ialah…Bagaimana ingin bermula?saya tidak tahu pasal komputer dan IT.Ohh..mudah sahaja,saya di sini dengan senang hati akan memberikan anda pengetahuan dan pengalaman saya.Apa yang anda perlu lakukan ialah teruskan bersama blog saya kerana saya akan memberikan tip-tip secara PERCUMA sahaja khas untuk membela nasib wanita supaya kita jugak akan berupaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Jangan lupa,nantikan sambungannya di lain waktu :)